Pages

Friday, June 17, 2011

tidak awal walau sesaat....tidak lewat walau sesaat

Aku rasa kematian sangat dekat dengan aku.....alamak scary nye bunyi. Eh memang la mati tu kite tak taukan, bila-bila masa aje Allah boleh suruh Israil cabut nyawa aku sesaat dari skrang kalau Dia nak.... nauzubillah... bila ingat mati, takut.... bekalan tak cukup lagi..... Ya Allah....Ampunkan dosa-dosa aku.....



Tak... maksud aku macam nie. Minggu lepas aku ada menungkan berkenaan hal ini, sebab aku perasan, setiap minggu aku akan terima berita kematian. Ya, setiap minggu, setiap minggu aku dapat  berita kematian sedara mara, keluarga kepada rakan sekerja aku, keluarga kepada jiran aku, pendek kata kematian tu secara langsung atau tidak, ada kena mengena dengan aku. That makes me wonder. Semasa aku menjaga abah di hospital, setiap hari ada orang meninggal, sudah pastilah, di hospitalkan ramai orang penat. Perhentian dunia yang terakhir untuk sesetengah manusia. Ada satu katil tu, silih berganti orang, sebab orang meninggalkan katil tu bukan kerana sembuh, tapi kerana urusannya di dunia telah di tamatkan oleh penciptanya, yang maha esa Allah swt.

Minggu lepas mak sedara kepada suamiku telah meninggal menemu penciptanya. Minggu yang sama juga sedara kepada big boss aku meninggal dunia. Minggu ini pula, sedara kepada senior colleague meninggal dunia. Sebelum-sebelumnya, paling banyak berita yang aku terima adalah dua kematian seminggu. Minggu depan pula bagaimana?

Issshhhh apa la aku citer pasal mati nie. Aku ada citer kepada suami aku perasan aku nie, dia kata aku nie fikir banyak sangat..... abis tu......

Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?