"aaahhhhhhh....boringnya!!," ujar yaya dengan nada kecewa.
"aikk...baru berapa minit, dah boring?" aku menyoal anak sulung aku itu.
"habis tu, nak buat apa?" bentak yaya, sedikit keras.
"macam-macam boleh buat kakak, buku macam-macam citer ade, nie la masanya kakak nak baca buku," aku cuba beri cadangan.
Yaya terus pergi meninggalkan aku di ruang tamu menuju ke biliknya.
.............
"kakak, adik, no tv or games for a week, maybe a month," akhirnya babah membuat pengumuman.
"alaaaaa...." keluh yaya dan thirah hampir serentak.
"alamak, boleh tahan ke budak2 nie," bisik aku dalam hati.
"camne nie yang?" ujar aku kepada babah.
"kena hantar service centre la nampaknya nie," jawab babah sedikit ragu.
Mujur la dah separuh hari berlalu, baru objek 4 segi itu merajuk. Sekurang-kurangnya thirah dah lepas gian main 'batman'nya. Yaya juga berjaya menonton rancangan kartun kegemarannya. Cuma baru aje aku melabuhkan punggung di kerusi malas, menikmati makanan tengahari sebungkus nasi lemak yang dibeli babah untuk sarapan pagi tadi, dan baru aje aku mula nak menghayati cerita "deadlieast road show", tetiba objek 4 segi tu berkata bye-bye dan terus bertukar keadaan 'standby'. Adoi, aku ingatkan babah set timer. Maka aku cuba untuk on dan off, ternyata objek itu tidak juga mahu bangun dari tidonya.
Dugaan betul..... Tapi ada hikmah juga. Barulah si yaya dan thirah nampak benda yang lain selain daripada objek 4 segi tu. Kalau tidak objek itu la yang sering ditatapnya. Bangun pagi, objek itu la yang disapanya. Pulang dari sekolah, objek itu juga yang dirindukannya. Aku rasa kalau objek itu boleh bercakap, pasti si yaya dan thirah akan menegur objek itu setiap hari. Aku dapat rasakan, yaya dan thirah rasa seperti ada yang tidak lengkap. Aku pasti mereka rasa sunyi. Thirah pasti individu di dalam rumah ini yang paling terkesan dengan situasi ini. Pasti esok dia akan membebel di waktu pagi kerana tidak dapat menonton kartun kegemarannya sebelum dia ke sekolah, kartun si kucing dengan si tikus itu. Ada untungnya juga, dapat la aku pergi keje awal kali ini...hahahahhaha.... Tapi kesian juga, boleh ke tahan budak-budak nie, satu minggu? Satu hari pun belum tentu. Mujur besok dah mula sekolah. Aku nak tengok apa reaksi budak-budak nie esok.
Si yaya dan thirah tanpa TV, ibarat aku tanpa internet. Jangan kata mati kutu, kutu pun belum tentu dapat hidup sebelum mati. hahahhahahah
Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK
yours truly,
No comments:
Post a Comment
what say you?