Pages

Thursday, December 31, 2020

Percutian sempena penamat tahun 2020

Salam,

Penutup tahun 2020, bercuti bersama keluarga besar. Bersama keluarga kakak dan abang sey, di Port Dickson. Cukup indah, yang penting anak-anak gembira. Bukan mudah untuk berkumpul ramai-ramai macam ini. Bila ada peluang, hargainya. Belum tentu esok dapat buat semua ini. Atau kalau ada kesempatan itu, belum tentu semua akan ada. Anak-anak buah pun dah makin dewasa, tidak lama lagi mereka pun akan punya keluarga sendiri, jadi masa itu akan jadi lebih terhad. Jadi, hargai setiap momen yang ada.


Pantai Teluk Kemang, masih lagi cantik dan bersih. Alhamdulillah. Kebetulan ada shooting pulak kat pantai tu. Sey yang perasan dulu, mula-mula sey nampak macam dorsal ikan jerung, eh sey pun ambil kamera dan zoom in, makin lama makin jelas. Eh sey dah panic. Sey pun cakap, ehhh..apa tu...famili sey yang ada terus pandang ke arah tempat yang sey tunjuk. Lama-lama tengok..... laaaaa.... orang main-main rupenya. Mula-mula memang ingat orang main-main, lepas tu baru perasan ada krew filem kat tepi pantai. Laaa...ada shooting filem rupenya. Tapi takde pelakon yang sey kenallah.

Tahun ini Lexis Hibiscus takde bunga api untuk menyambut tahun baharu. SOP covid19. Maka, begitulah penutup cuti kami.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?