Pages

Saturday, December 19, 2020

Opinion sey on Gastro Hub in Nilai

Salam,

Dah lama tak gi jalan-jalan cari makan (baca dengan nada lagu JJCM TV3). Am stuck at home, dengan PKPB lagi, mano lai nak poi yo tak. Lately nie terasa penat bekerja, tak keluar tengok dunia luar sangat. Jadi kelmarin sey ajak my other half untuk check out restoran baharu kek sini. Bulan lepas ada cuba nak pergi minam petang kat situ. Tapi bila sampai, masa tu dah jam 5.30, katanya full house, dan nak tutup dah. Masa tu restoran nie baru bukak, so mereka tengah test market, jadi opening time dia singkat, dari jam 3 petang hingga 6.30 petang sajo. Mereka ada hi-tea aje masa tu. 

Maka kelmarin kami pergi lagi, kali ini ada rezeki. Mereka pun dah extend masa, hingga jam 10 malam. Rasanya pelanggan pun dah mula ramai kan. Rancangnye nak minam petang aje, kupi mengopi. Tapi sebab hujan dan sejuk, minggu nie memang hujan je, asal petang hujan. Makanya dengan sejuk, lapa, kami pun dinner lah sekali.

OK kite tengok dalam kedai dia dulu....






Dari luar nampak grand. Dulu masa tengah buat ingatkan BBN buat show gallery. Restoran ini baru je bukak, tak silap sey dalam hujung bulan Oktober camtu. Terdiri daripada 1 bangunan yang terbahagi kepada 3 bahagian yang bercantum, berbentuk seperti U. Dua bahagian dining, tengah-tengah dapur. Atas dapur ada 1 tingkat, belum siap lagi. Tanya manager masa bayar dia kata bahagian atas tu untuk hold private event. Satu bahagian dining aje yang fully glass. Satu bahagian lagi atap tidak berkaca. Pintu masuk akan melalui bahagian tidak berkaca dulu. Sey sahaja pilih yang fully glass, tempat lebih luas, dan ada meja dining. Sey rasa bahagian yang bukan kaca sepenuhnya tu nak buat tempat santai sambil minum kopi sebab mejanya lebih kecil. Yang fully glass tu dining area. 

OK nie menu yang kami pilih.


Anak-anak pilih grilled chicken dan pasta carbonara. Anak-anak cakap sedap, nampak pun sedap. Tapi sey tak rasa sebab sey tunggu menu bawah nie..... 


Yang ini, sey dan my other half kongsi, chilli crab, served with fried mantou bun. Perrghhhhh sedap betul yang nie. Terus membawa kami ke genting, teringat chilli lobster kat lobster and burger. Kuah dia memang cukup rasa. Portion tu untuk kami memang untuk dikongsilah, kalau sey makan sorang tak habis kot, mungkin cepat muak. Roti mantou dia pun sedap, tapi oily sikit, so kalau diet tu kena beringatlah sikit. Tapi sey tak diet so sey makan 2 ketul roti tu....hahahahaha...


Ketam dia tak banyak, 2 ketul aje, sederhana besar. Kalau nak datang makan ketam aje tak cukup dan tak puaslah. Baik pergi bagan lalang. Tapi kite nak makan kuah dia, cicah roti, itu pun cicah-cicah tak kurang-kurang, cicah-cicah tak kurang-kurang. hahahahah...jenuh juga nak menghabiskan.


Satu yang kureng, diorang takde seleksi kopi ala cafe. Ada kopi panas dan kopi ais aje. Sey tengok menu dia lebih kepada british hi-tea. Seleksi air teh dia banyak dan macam-macam. Diorang punya speciality lah nie, ada package hi-tea with a pot of tea (for two). Tidak lah sey teruja, walaupun ada scones. Sey nak kopi, sey nak kopi. Kuciwa juga, lepas tu tengok waiter lalu lalang bawah choc milkshake, so sey pun order lah. My other half order kupi ais, miss y sama ngan sey, miss t mocktail macam blue lagoon MFM aje. Honestly air dia kureng sikit lah, sorry, tapi susah nak impress peminum kopi tegar macam sey nie. Slack yang itu aje. I hope in the future they will expand the menu by including some premium coffee selection. Tempat dah cantik dah, sayang takde kopi kan 😊.


Sebab sey kuciwa takde kopi, dan they were out of cakes as well, oh boy, so sey pun tambah order waffle nie. Dok bayangkan mesti macam waffle mama gourmet, tapi, biasa-biasa aje. Nasib baik bukan frozen waffle yang dipanaskan. 

So sey rasa tempat cantik dan exclusive, makanan sedap 😋, especially the chilli crab 😋😋. Air kureng sikit lah, kalau rasa nak lepak-lepak minum kopi baik kami pergi tempat biasa. Kek dia pun typical kek yang ada kek kedai kopi local, sey rasa mesti ambil dari supplier yang sama. Tengok nama kek pun dah boleh agak. Tapi food dia, yang kami try memang sedap. Boleh lah repeat 👍.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?