Pages

Saturday, November 7, 2020

Demi menebus kekecewaan, I made the cheezy korean corn dog for the kids

Salam,

Annyeonghaseyo...chewah.

Nak dekat 1 bulan PKPB bermula untuk Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, dan dua minggu untuk kawasan Nilai. Kemudian dengan annoucement daripada KPM yang sekolah untuk sesi 2020 ini akan ditamatkan pada 6 Disember, aduh sey rasa, alahai kesiannya dengan anak-anak sekolah nie. Begitu aje habis sesi. Macam anak sey, tahun 6 tahun nie, tahun ini juga tahun terakhir dia kat sekolah rendah tu, tak dapat lah jumpa kawan-kawan lagi. Takde jamuan akhir tahun seperti biasa, takde class photo seperti biasa, takde minggu terakhir kat sekolah seperti biasa, takde hari anugerah tahunan seperti biasa. Sedih sey rasa bila sekolah ditamatkan macam tu aje. Jujurnya sey rasa macam takde penutup yang baik, no closure. Takde happy ending....

Miss t nampak agak kecewa juga. Dah lah takde peperiksaan UPSR tahun nie. Dia memang dah bersedia dari tahun lepas lagi. Takde sukan sekolah, takde persembahan akhir tahun, bahas tahunan, public speaking, etc. Kalau sey jadi dia pun sey agak kecewa juga. Tup-tup habis tahun 6 macam tu aje. Sey pun tak sempat nak kenal-kenal cikgu sekolah pada tahun ni. Setakat di whatsapp aje. Punyalah begitu sekali penangan Covid19. 

Hai....

Satu malam bila sey tanya, ok nak makan apa for dinner. Kami nie jenis makan ringan aje dinner. Miss t mintak sausage. Maka sey pun rebuslah sausages untuk dimakan macam tu sahaja. My other half dan miss y makan dengan nasi arab yang lebih kelmarin, miss t ambil lidi satay yang memang ada spare kat rumah, dicucuknya sausages tu. Kemudian timbullah idea daripada sey, kita buat cheezy corn dog nak? Terus miss t cakap, ok jugak, dah lame tak makan corn dog kat sekolah. Haaa tu dia, masih teringat kat sekolah lagi dia.....

Makanya, terjadilah cheezy korean cord dog untuk anak-anak sabtu yang lalu.



Lama juga gak sey berkawad depan chiller kat supermarket tu carik mozarella. Hampir give up dah. Sey cakap, kalau takde mozarella nie takde lah corndog, malas sey nak pikir dah. Bila Allah nak bagi tu kan, terus nampak mozarella cheese. Sey pun terus angkat 4 blok, just in case.




Sampai terkeluar-keluar mozarella cheese....





Bab nak salut dengan breadcrumb tu memang messy dan tak kemas. Pastu tengoklah shape dia, tak semengah. Tapi rasanya sedap. Mungkin lepas nie sey goreng tanpa breadcrumb.

Hai.... covid19, bila nak tamat nie?


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?