Pages

Thursday, September 3, 2020

Jalan-jalan Pengkalan Balak, Melaka

Salam,

Sabtu lepas, adik bongsu lelaki my other half menamatkan zaman bujangnya. Dialah adik yang belum berkahwin. Oleh kerana ayah dan bonda my other half dah pergi meninggalkan, maka kami adik beradiklah yang menguruskan perkahwinan adik-adik my other half. Bonda my other half meninggal pada tahun 2013, tak silap sey. Ayahandanya pula meninggal pada tahun 2015. 2 adik my other half masih lagi bujang masa tu. Sorang sempat ayahanda nikahkah sebelum beliau jatuh sakit dan tenat. Majlis walimah adik yang ini dibuat 2 bulan selepas ayahanda meninggal.

Jadi 2 lagi adiknya, kakak-kakak iparnya yang diva dan kecoh nie lah yang bantu menguruskannya hahahahaha.... mujur pangkat sey no. 2, kita ikut ajelah apa kata yang sulung. Sey follow je. Jadi Sabtu lepas, selepas selesai majlis nikah adik bongsu lelaki nie, kami adik beradik pun menuju ke Pengkalan Balak. Adik ipar dah tempah chalet untuk 1 malam. Kahwin musim PKP nie ringkas jadinya, tak boleh lama-lama, nak elak orang ramai berkumpul. Setelah check in, kami rehat dulu. Petang baru lah merayap di pantai. Kawasan itu namanya Padang Kemunting. Bukan Kemunting Perak tau, Padang Kemunting Melaka.


Ramai juga orang pada petang tu. Yang berkhemah, yang memancing, yang mandi laut, yang ada company retreat, yang berbasikal, yang berjogging. Pantai situ takde lah cantik sangat untuk mandi, sebab ia terletak di teluk, jadi pasir agak kasar, dan pantainya pendek. Air pun dalam juga. Jadi budak-budak dapat mandi sikit-sikit pun OK dah.

Malam kami makan seafood di Restoran Bayu Selera. Mula-mula singgah di Ikan Bakar Padang Kemunting. Tempat dia OK, yang tak OK parking susah. Sebenarnya kalau jalan kaki dari Chalet tempat kami tinggal tu dalam 20 minit sampai. Tapi sebab tak pernah sampai situ, lepas tu pergi pun dah malam, lepas tu ada yang dengan anak kecil lagi, maka yang terbaik naik keretalah.

Not bad makanan di Bayu Selera tu. Cuma selection dia tak banyak lah. Masa kami sampai tu, belum maghrib lagi, udang dan ketam habis. Tinggal ikan dan sotong aje. Sotong dia besar dan sedap. Siap repeat order kami. Sebab kami datang awal, cepat jugalah mereka masak. Bila dah pukul 8 tu orang pun mula ramai. Lepas pekena seafood, kami jalan-jalan sekitar dan jumpa sebuah cafe tepi pantai. 

Di tepi pantai yang indah, aku duduk sorang diri, suasana...sepi.... chewah....Teringat lagu A. Ramlie.

Kami pun pekena kopi kat situ, dengan angin bayu meniup sepoi-sepoi bahasa. Nyaman sungguh. 

Esok paginya, sey briskwalk sepanjang Padang Kemunting tu. Waahhhh bila siang hari macam-macam kedai dan aktiviti kat situ. Sey jalan sampai hujung Padang Kemunting tu. Siap lalu restoran seafood semalam. Nie ada beberapa gambar sey ambil sepanjang briskwalk 4km tu.




Ternampak juga orang yang berkhemah semalam, ada lagi pagi tu. Rupenya mereka tak balik, bermalam di pantai. Tempat mandi dan bilik air pun ada di kawasan itu. Teringat zaman muda, camping dalam hutan dan tepi pantai. Tak mandi pun takpe, ada aku kisah.....hahahaha.... Janji ada toilet dan tempat bersih untuk solat. Those were the days.

Masa briskwalk tu, perasan Padang Kemunting nie macam Pulau Pangkor ada, macam Phuket pun ada, macam Batu Feringhi pun ada juga. Cantiklah tempat nie. Baru jam 8 pagi, orang dah ramai ke pantai, dah ada orang keluar dengan macam-macam aktiviti. Sepanjang jalan tu pun gerai jual sarapan pun banyak. Tergoda sey dengan bau nasi lemak. Aduhai....sey pun jalan laju-laju.



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?