Pages

Monday, May 25, 2020

MCO Day 69: 2 Syawal Refleksi diri

Salam,

Bangun pagi tadi macam rasa pelik aje. Terkebil-kebil mata, tak percaya eh nie baru raya kedua.

Sungguh, raya tahun ini terasa kelainnannya.

Selepas solat subuh, baring sebentar sambil baca novel. Lepas tu mata pun makin berat, lalu terlelap. Sedar-sedar dah pukul 8.30. Tengok cahaya dari luar dah terang, eh matahari dah naik tinggi, nampak panas harinie, sesuai untuk basuh baju. Lalu sey bangun dan mula membasuh baju.

Terfikir lagi....

Raya kedua sebelum ini sibuk bersiap untuk balik kampung sebelah sey pula. Kecoh-kecoh di dapur menyiapkan sarapan. Anak-anak riuh bersiap, gelak ketawa. Masing-masing dengan pakaian raya hari kedua. 

Kali ini, tiada lagi riuh rendah di pagi raya kedua. Tiada busana untuk raya kedua juga. Itu pun mujur sey nak carik juga baju untuk raya pertama. Kalau tidak pakai sahaja yang lama. Tapi tidak adil untuk miss t, kerana baju tahun lepas tak muat dah, dah makin meninggi miss t. Tahun ini satu pasang sahaja baju raya, kecuali miss y. My other half, tiada baju raya. Sejarah baharu tercipta.

Selepas selesai membasuh pakaian, sey masuk dapur, kemas-kemas. Kejut anak-anak, bagi chance lah bangun lambat sebab sudah 2 3 hari bekerja keras. Harinie tak masak sebab semalam miss t request for McDs. Elok bona lah tu, sey pun nak makan Samurai burger dia, sementara promo masih ada. Nanti melepas pulak. McD nie pun bukan tiap-tiap tahun keluarkan Samurai burger nie. Bila dah siap keje kat dapur, sey masuk ofis pulak. Ye masuk ofis, sebab ada submission. Waduh...yang ini memang terasa macam dulu semasa belajar kat BNE. Kau raya 1 hari je, takde istilah raya kedua, ketiga dan seterusnya. Pada raya kedua kawan-kawan kat Malaysia masih sibuk beraya, ziarah sana sini, kau duduk kat depan laptop siapkan tesis, sambil makan biskut raya buatan sendiri, itupun kalau ada. 

Tapi bila tiba hujung minggu, Jumaat malam, dah mula rumah terbuka. Sebenarnya sambutan raya kat luar negara lagi meriah dari kat Malaysia. Kat sana berebut-rebut orang nak buat rumah terbuka. Ada tu memang tiap-tiap tahun buat rumah terbuka. Biasanya 3 4 keluarga share buat rumah terbuka. Dalam 1 hari tu boleh ada 4 5 buah rumah terbuka. Mana yang bujang tu mungkin dapat pergi lebih. Kami yang 3 4 buah nie pun tak larat dah. Rumah terbuka dibuat sampai habis Syawal, ada yang tak sempat tu lanjut ke selepas Syawal juga. MashaAllah, kalau diingat balik, seronok betul masa tu. Sey pun sempat buat rumah terbuka 2 kali sepanjang di sana. Sekali pada tahun pertama kat sana. Masa tu tengah pregnant kan miss t, asal buat tu nak ikram kawan-kawan yang menyambut kami masa kami mula-mula sampai ke BNE. Kali kedua buat semasa tahun akhir kami kat sana. Masa nie share dengan sahabat baik buat rumah terbuka. Rasa berkongsi 5 keluarga juga tu, semua nie nak balik Malaysia dah. Kiranya last kami menjamu kawan-kawan di BNE lah pada tahun tu.

Those were the days....

Tahun nie tiada rumah terbuka.

Sey membuat refleksi. Kalau kite pandang yang tak baik pada musim Covid19 dan PKP nie, kita akan dapat yang tak baik aje. Sebenarnya banyak benda yang baik berlaku ketika ini. Tengok pada bulan Ramadhan sahaja. Kalau sebelum ini kelam kabut balik kerja menyediakan juadah berbuka, sama ada beli ada masak sendiri, sekarang nie dengan tenang aje boleh siapkan, dengan bantuan anak-anak. Boleh minta anak-anak prep bahan, lepas asar boleh mula masak. Kalau dulu anak-anak pun sibuk dengan sekolah dan kerja sekolah, kita pun tak nak suruh buat macam-macam.

Tiada buffer Ramadhan. Kalau sebelum nie sey memang sangat terkesan dengan pembaziran daripada buffet Ramadhan. Setiap hari bertan-tan. Google aje "pembaziran buffet Ramadhan" akan jumpa lah berpuluh-puluh bahan tentang pembaziran tersebut. Katanya 50% pembaziran makanan adalah daripada buffet Ramadhan. Kedua penyumbang pembaziran adalah bazaar Ramadhan sendiri. Pada tahun ini, tiada lagi report tentang pembaziran makanan. Mungkin ada, tapi amaun yang sedikit. 

Satu lagi sejarah tercipta.

Tahun ini juga, dapat berjemaah solat tarawih berimamkan my other half. Bukan solat tarawih aje, solat fardhu pun dapat. Kalau difikir-fikir balik, sebelum nie kadang-kadang solat pun dilengahkan, atau tergesa-gesa solat, sebab kadang-kadang meeting berderet, terkejar-kejar solat. Musim PKP nie, boleh solat dengan tenang, awal waktu, dan berjemaah lagi. Dapat mengaji setiap kali selepas subuh. Sebelum nie kadang ter miss ngaji sebab ada urusan pagi, dan perlu ke pejabat awal. Pendek kata kalau dulu alasan kerja diguna untuk culas beribadah, kali ini kalau tak ambil peluang yang Allah berikan tak tau lah. Kalau masih culas maksudnya bukan sebab awak tu sibuk, tapi sahaja tak nak buat. Nie sey reflect pada diri sendiri.

Kalau kita duduk dan fikirkan, dalam keadaan tenang, banyak kebaikan yang kita dapat semasa PKP ini. Selain dari penjimatan duit, yelah sebab tidak bergerak ke tempat kerja, masak sendiri dari banyak makan di luar sebelum ini, kurang berpeleseran, kurang entertainment di luar, kurang masa buat benda-benda lagho nie, kita akan rasa rugi kalau kita biarkan masa berlalu begitu sahaja. Jadi, setiap kali ada ujian, kita fikirkan yang baik-baik. Ye memang adakalanya kita rasa tak puashati, geram, marah, tapi lets not let the negative thing influence your mind more. Setiap musibah atau ujian itu dari Allah, Allah tidak datangkan ujian kepada kamu jika Dia rasa kamu tidak boleh menghadapinya. Allah maha pengasih, Allah maha penyayang. 

OK sudah habis dengan cerita 2 Syawal. Bab kata my other half, tahun ini kita betul-betul ikut sunnah. Sebab Nabi sambut raya Aidil Fitri pun 1 hari aje. Raya Qurban sahaja sambut 3 hari. 

Yang pasti sey rasa, Ramadhan kali ini sangat singkat. Sungguh apa orang kata, bila kita betul-betul menghayati sesuatu perkara, kita tidak sedar akan kehadirannya, tapi bila ia hilang kita akan rasa akan kehilangannya. Semoga bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?