Pages

Wednesday, May 20, 2020

MCO Day 64: 27 Ramadhan Beli trolley shelf baharu

Salam,

Dah lame sey nak beli trolley shelf baru, nak letak kat tepi dinding nie, untuk barang-barang dapur yang berstatus sementara macam telur, mee, mihun, etc. Berkenan dengan trolley IKEA raskog, tunggu saat mendatang untuk membelinya. Tapi ke sudah tak juga beli. Musim PKP nie, barang dapur pun bertambah sebab dah kena masak dengan kerap. Shelf IKEA Fjallbo ku pun hampir penuh diisi. Masa mula-mula beli Fjallbo my other half kata nak buat apa nie, habis ruang katanya... sekali tengok memang berguna.

So harinie gi beli barang dapur aka barang-barang nak raya. Sikit aje, sey takde plan nak masak sangat pun raya nie, setakat 4 mulut nak makan, masak ringkas aje. Mana tau my other half tetiba rasa nak merayap kejap ke, kang beria masak, tak makan. Rendang dan lemang sudah sey order. Cukuplah untuk raya famili kecil nie. Lepas dah beli barang dapur tadi, nampak SSF buka, cakap kat my other half, jom tengok-tengok SSF. Kot-kot ada yang berkenan ke. Bila dah masuk tu baru teringat eh nak carik rak tepi, masa tu memang terlupa dengan trolley shelf. 

Jumpa lah satu rak, sey rasa OK dah, my other half kata tak sturdy nie, goyang. Jom tengok belakang sikit, dia kata. Bila tiba belakang, my other half tunjuk trolley bawah nie. Haaaa nie nampak ok. Sekali sey tengok, eh nie yang nampak kat flyer promo raya SSF haritu. Lepas tu ada sorang sis nie komen dia suka sangat trolley nie, dia dah beli, dia beli online je. Masa tu delivery tak kalut lagi, seperti post sey semalam. Masa sey baca komen sis tu terus rasa nak gi SSF kat Nilai nie. Kat sini ada dua outlet dia. Tapi masa tu tak boleh keluar berdua lagi. Jadi sey postpone dan terus lupa. Jadi bila tadi nampak, apa lagi, terus tanya sale assistant kedai tu berapa.

Dengan premium membership yang sey ada, memang berbaloi lah beli. Balik rumah, terus minta my other half pasang. Dan akhirnya........ tadaaaaaa........ 



Suka suka suka...Alhamdulillah..... Penantian ku berakhir dengan gembiranya.

Harinie sey tak masak. Kita order aje.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?