Pages

Friday, April 24, 2020

MCO Day 38: 1 Ramadhan, ayam masak jintan bonda

Salam,

Harinie hari pertama puasa, iaitu 1 Ramadhan. Pagi menyiapkan kerja, ada adhoc meeting membincangkan tentang penilaian akhir kursus. Kemudian membaca kertas kerja student pula.

Harinie sey masak masakan ayam jintan resepi bonda, kegemaran kami sekeluarga. Biasa bila kumpul ramai-ramai, adik beradik, bonda akan masak lauk nie. Tahun lepas tutorial, tahun nie baru nak praktik sendiri tanpa bonda supervise hahahahah...Menjadi juga, Alhamdulillah, cuma terlebih minyak masa menumis bahan tadi, jadi minyak berladong atas gulai.





Nie tengah menumis jintan putih, bawang putih, bawang merah sedikit, halia dan lada hitam. Bila dah pecah minyak tu masukkan air asam jawa ibu jari (nampak sangat resepi mak-mak pakai ibu jari untuk ukur). Masa menumis api jangan kuat, tak nak rempah hangus.


Semasa menumis tu, jerang ayam dan santan (kalau ikut sukatan 1 kelapa, 1 ekor ayam). Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan ke dalam periuk ayam tadi.











Ni hasil dah masak, sedap. Cuma lain kali kena kurangkan minyak masa menumis.

Untuk kuih, sey goreng jemput-jemput/welcome welcome je. Lemang semalam ada lagi, kita repeat.














Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?