Pages

Friday, April 10, 2020

MCO Day 24: CheKiah

Salam,

Hari nie Jumaat. Jumaat keempat tanpa solat Jumaat 😢. Allah sedang menduga hamba-hambanya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.

Semalam, seperti yang sey beritahu, sey mencari cara bagaimana nak membeli barang dapur bonda. I have a sense barang basah bonda dah habis, sebab bonda cakap, sardin ngan telur ada tu. Ye lah kite pun dah 3 minggu tak balik. Kena cari jalan nie.

Sey pun mencari lah di facebook, terjumpa la seorang lady nie iklan, boleh belikan atau pickup barang dapur. Servis Che Kiah katanya. Haaa...nampak macam ok nie. So semalam juga sey pm dia. Dah berkenalan itu ini, sey pun bagilah list barang kepada dia. Servis dia, beri list sebelum jam 8 pagi, sebab esoknya dia keluar beli barang. Servis setiap hari. Mula ragu-ragu juga, tapi bila dia cakap COD atau TT bila dah hantar barang, so kita tawakkal aje lah. Sey pun bagitau yang barang-barang tu nanti sey yg bayar, online transfer.

So, harinie sey tunggu lah update dari sis nie. Dia kata sebelum jam 3 hantar barang. Dalam 1 lebih tengahari tadi sey message dia, "Jadi ke hantar barang?". Terus dia balas, "OTW", kemudian dia call minta sediakan bakul. Perrrghhhh bergegas sey call bonda, tak dapat bonda, call bibik suh dia standby. Pastu sey pun gi solat. Dah habis solat, hantar message kat sis tu, "Dah settle ke sis?". Tak lame tu dia hantar gambar bawah nie. Dah selamat sampai pun barang-barang dipesan. Cuma adalah yang takde. Oklah. Syukur Alhamdulillah. Dia call lepas tu dia kata, malam sikit dia bagi total. Malam baru nak minta bayar, trust tinggi tul sis nie, memang niat dia ikhlas nak bantu orang. Boleh repeat lagi servis sis nie nanti. Terima kasih Allah, kerana datangkan hambaNya yang dapat membantu.




Oleh kerana lauk daging salai haritu ada lagi, tengahari tadi sey buat lauk tambah je. Buat steamed tofu. Cari lah resepi kat internet. Jumpa dua resepi yang rasa OK nie, tapi part menderhaka masih dilakukan juga.

https://www.huangkitchen.com/steam-bean-curd-with-hot-shallot-oil/

https://dailycookingquest.com/steamed-tofu.html



Sey pakai bawang putih je. Kemudian tambah sayur sikit. Bahan lain sama.

Tadi PM announce yang MCO dilanjutkan sehingga 28 April nie. Dah agak dah. Sebab kes masih lagi meningkat. Ada kluster baru pulak tu. Sabar lah wahai teman. Mujur jumpe akak Che Kiah servis tu. Dengan lanjutan MCO nie, sey kena fikirkan strategi baharu untuk home school budak busuk sorang nie. Maka, sey telah melantik miss y sebagai tutor berbayar....hahahahaha.... mula-mula dia humble, eh mama, tak payah lah bagi elaun, sikit aje nie. Sey cakap, Orang nak kasi duit ambil. Masuk saving. Miss y jawab, OK OK....adoi naive lah pulak sorang nie. Kalau omak bagi ambik lah, kalau orang lain bagi tu, baru kena pakai ayat-ayat reject tapi mau tu.

Miss y mula bertugas Isnin depan. Habis lah miss t kena bebel. Miss y nie memang kuat bebel sikit, eh banyak...hahahahaha...

Esok hujung minggu....yahoooo......


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?