Pages

Tuesday, March 31, 2020

MCO Day 14: Dipengaruhi jiranku

Salam,

Harinie masuk hari ke 14 PKP. Bermakna sudah 2 minggu kerajaan mengeluarkan perintah kawalan pergerakan. Esok bermula PKP tahap 2 yang akan tamat pada 14 April. Harapnya tidak dilanjutkan PKP inilah. Nampak banyak rekod yang baik, bilangan kes positif yang berkurangan, bilangan kes yang sihat meningkat. Moga semuanya akan selesai tidak lama lagi.

Harinie rasa nak relax sikit. Tumpuan kerja harinie cuma pada student sahaja dan membalas email. Kemudian ke dapur lah saya.

Masakan tengahari harinie dipengaruhi oleh jiran bawah. Selang sebuah unit bawah kami, ada keluarga India yang baru pindah daripada Penang. Katanya pindah ke sini sebab nak dekat dengan anak. Mujur mereka pindah awal sikit, dalam bulan 2 macam tu, sebelum PKP. Jadi semenjak ada jiran India nie, selalulah naik bauan seperti kemenyan, daun semambu, dan juga masakan kari. Ada orang kata bau kemenyan dan semambu tu (neem leave diorang panggil) untuk halau kuman. Musim covid nie lagi galak mereka perasap, hahahahaha.... sebelum naik bau tu diorang bunyi loceng. Pagi sekali, petang sebelum maghrib sekali. Kalau betul ada kebaikan kami dapat tempiasnya lah. Tapi yang pasti nyamuk memang berkurang kat rumah nie.

Asalnya tadi nak masak ikan kicap aje. Tengah-tengah buat keje, dengar jiran dah mula kelentang kelentung kat bawah. Dia masak kat luar, jadi kite nie bilik ofis memang dekat tingkap selari dengan balkoni belakang unit dia, tempat dia masak. Dalam kul 10 pagi tu memang dia akan mula memasak. Hampir tiap hari bau kari, hahahahaha... sedap pulak tu. Makanya, harinie, keputusan menu yang dibuat malam semalam telah ditukar kerana terpengaruh dengan bau kari jiran yang naik ke atas sampai menggugat konsentrasiku. Kerap sangat dah macam nie, concentration ku digugat. Acib ada rempah kari ikan cap O.

Jadi menu pada hari nie, kari ikan tenggiri, sambal udang dan kacang panjang goreng campur tempe. Cukup lah tu, Alhamdulillah.




Lauk banyak lebih lagi nie, esok goreng telur dadar aje lah...cukup tu.

Tadi tengok balik gambar-gambar lama kat facebook. Diam tak diam dah hampir 12 tahun guna facebook, web service/socmed yang paling lama aku guna. Tadi terfikir nak simpan gambar-gambar raya setiap tahun dalam satu folder, ada idea nanti boleh buat photobook.

OKlah...retire dulu....

Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?