Pages

Wednesday, March 18, 2020

MCO day 1: Maka bermulalah Movement Control Order


Assalamualaikum, Selamat Pagi, Good Morning. Hari pertama Movement Control Order (MCO). Macammana semua pagi ini? Sungguh mencabar apabila diminta untuk bekerja dari rumah. Bangun pagi otak dah mula pusing macammana nak mula nie? Dengan faktor-faktor lain yang boleh menggagalkan usaha suci murni untuk bekerja dari rumah. Antaranya:

Faktor pertama adalah menyediakan makanan tengahari. Nak kena rancang menu dengan bahan-bahan yang ada, harap dapat bertahan 3 hingga 4 hari. Kita kenalah patuhi arahan kawalan pergerakan, demi negara tercinta. Mungkin ada yang kata, beli barang dapur online ajalah. Saya dah tengok slot tesco delivery dah, takde slot sehingga 31hb. Memang kena keluar lah jawabnya nanti.

Faktor kedua, Astro buka semua saluran movie dia pulak, aduh. Haruskah ku pekakkan telinga, butakan mata?

Faktor ketiga, sifat tsundoku akhirnya memakan diri, hati berkata inilah masanya kau nak bermalasan sambil menghabiskan buku-buku yang belum baca lagi tu wahai fazid. Dah berhabuk dah tu.

Faktor keempat, menulis blog, deraf dah banyak simpan, bila nak publish tu?

Faktor kelima, tapi ini faktor lemah, tangan dah lame gatal nak baking (dah lama azam nak buat white cake), nasib api gas tak cantik sangat.

Deadlines deadlines, minggu nie ada 2 deadlines. Wake up Fazid!!!! OK kita deal faktor ini satu persatu. Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.

OK sekian sahaja coroten MCO hari pertama saya. Semoga semua dilindungi Allah. Stay safe Malaysia, stay healthy, stay hygiene. We can do this. Semoga wabak ini dapat dibendung dengan segera.

Menu tengahari hari ini; ayam masak kari, sayur buncis goreng dan ikan masin. Try rempah kari ayam cap O, memang sedap. My other half suka sangat lauk kari ayam nie. Tak tau lah sebab kite dah lame tak masak atau sebab rempah tu. Tapi rempah tu memang wangi.



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?