Pages

Friday, January 24, 2020

Solidariti sebuah cinta: MRSM

Salam,

Hari nie Jumaat ke 4 bulan Januari. Bulan Januari tahun nie ada 5 kali Jumaat. Jumaat sebelum-sebelum nie agak sibuk sikit, minggu nie agak lapang juga. Dok edit paper dari semalam je keje nie, rasa sakit dah bahu nie....hahahaha..

Harinie trafik agak lengang, rasa ramai dah mula pulang ke kampung sebab cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina yang panjang. Tapi tulah, dalam trafik yang lengang nie pun masih ada yang tak gheti guna lampu isyarat bila nak tukar laluan. Come on Malaysia, dah masuk tahun 2020 lah. Bila lah nak berubah.

OK ada 15 minit je nak menulis nie. Harinie rasa nak bagi pendapat sey tentang MRSM. Pada 21 Januari lalu, lalulah senaskah artikel yang dikongsi di Free Malaysia Today, tentang kononnya ada keluhan daripada ibubapa yang mana ritual islamik yang diamalkan di MRSM nie jejas prestasi anak. Baca sini untuk tahu lebih lanjut. Jadi untuk 2 3 hari nie, kawan-kawan ANSARA sey ramai yang post menyatakan sokongan kepada MRSM. Ada yang menyalahkan penulis, mungkin tak selidik betul, sumbernya sah atau tidak. Dah nama tabloid, siapa-siapa pun boleh cakap apa yang dia nak. Itulah kesan zaman socmed nie, kadang-kadang sukar untuk kita tak percaya akan sesuatu berita tu sebab beritanya nampak legit.

OK let's put legitimacy part aside. Berapa ramai yang betul-betul baca artikel tu sey tak pasti. Cuma sey ingin menyampaikan apa yang sey faham. Ada parents yang mengadu tentang aktiviti berkaitan agama yang keterlaluan. Ya mungkin ada MRSM buat apa yang diadukan itu, tapi sey rasa ini bukan kali pertama MRSM berkenaan buat begitu. Dan sey percaya, ibubapa pun sudah maklum tentang aktiviti yang dikatakan ritual itu....dey, kenapalah guna perkataan ritual, bunyi tak kena je. Sah penulis nie bengong.

Sey rasalah, aduan nie muncul bila prestasi anak yang mengadu nie jatuh, maka dicarilah alasan untuk dijadikan asbab prestasi anaknya jatuh. Seperti biasa, ramai orang kita tak nak salahkan diri sendiri bila ada kelemahan, asyiklah mencari salah orang lain, benda lain. Sebab tu kawan-kawan teori Oh Bangau tu memang relevan, walaupun tiada artikel scientifik yang membincang dan mengesahkan teori tersebut. Dan lazimnya, perkara yang tidak best/seronok itulah yang menjadi asbab. Cuba kalau makanan tak sedap, makanan itu dijadikan asbab atas penurunan prestasi. Kali ini, aktiviti agama itu dijadikan asbab.

Ginilah, ibubapa kena faham, kalau anak tu tak boleh nak cope, semua benda jadi tak kena. Jadi kalau tak boleh nak ikut amalan di MRSM tu, janganlah paksa anak, janganlah salahkan sekolah. Kenapa orang lain boleh, tapi anak awak tak boleh? Haa tanyalah diri sendiri. Sebab itu kite kena selalu tepuk dada, you know what is best for you. Ukur baju di badan sendiri lah wahai anak-anak dan ibubapa yang terkesan nie.

Sey dulu masa mula-mula masuk MRSM Jasin, ada rasa kejutan budaya sikit. MRSM Jasin nie kira 'warak' juga lah (ini istilah yang kami guna untuk terangkan tahap islamiknya sesuatu benda). Antara peraturan yang buat sey terkujat; tidak boleh pakai lengan pendek, tidak boleh berseluar melainkan waktu sukan/riadah, tutup aurat ketika kelas agama, solat maghrib dan isya' berjemaah, taklim, usrah, qiamulail, tadarus, dan banyak lagi peraturan yang agak janggal untuk sey yang dahulu tidak menutup aurat dan agak lasak dan bebas ke sana dan ke mari. Akibatnya, hari pertama daftar tu wardrobe sey pun kena bertukar, mencarilah baju-baju lengan panjang yang dijual di kedai-kedai sekitar Jasin yang dahulunya sebuah pekan. Nak bercakap dengan budak lelaki pun kena ramai-ramai, kalau tak siaplah kena tegur dengan senior. Pendek kata MRSM Jasin memang menjaga tingkah laku dan penampilan sey. Tapi benda-benda nie tak mengganggu emosi dan mental sey pun. Adaptasi, ye kena adaptasi sebab kita tahu benda-benda ini memberi kebaikan, membina diri dan sahsiah kita. Jaga adap dan sopan kita. MRSM banyak membentuk jati diri sey.

Ibubapa macamnie lah, kalau tak sanggup, bawa anak tu keluar dan hantar ke sekolah biasa. Ada je sekolah-sekolah harian yang bagus-bagus. Anak sey pun sekolah harian je, sebab sey tahu anak sey tak boleh nak cope dengan kehidupan asrama nie, sey sendiri pun tak yakin dia boleh. So kalau anda sebagai ibubapa rasa tak boleh, jangan salahkan orang lain, takkanlah sebab anda, habis satu sekolah kena tukar. Sekolah tu dari dulu dah macam tu kot, apsal tetiba kau nak ngadu. Alah bukan lame pun kat MRSM tu, 3 tahun kalau masuk daripada form 1, 2 tahun kalau masuk daripada form 4. Setakat nie mana ada MRSM yang stay dari form 1 hingga form 5. So think smart lah. Sebab ada je yang boleh survive dengan ritual (alahai tak gemarnya guna perkataan nie) tu.

Ntah-ntah anaknya OK, ibubapa nye aje yang lebih-lebih. Manja sangat ibubapa sekarang nie. Sib baik sey tak jadi cikgu, kalau tak memang selalu diberi warning guru besar agaknya. Jadi pensyarah nie boleh je bebel-bebel kat student. Kita bukan ape, kita sayang student kita, so kena selalu sedarkan mereka dan bagitau hakikat yang langit tak selalu cerah.



Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?