Pages

Saturday, April 27, 2019

Phone scam: "Dr....maaf saya tak dapat ke kuliah harinie"

Kawan-kawan, Phone Scam tu benar-benar berlaku. Maka hati-hatilah. Nak dijadikan cerita, pagi tadi, seorang student saya call dan maklum yang dia tidak dapat hadir kuliah harinie. Bila saya tanya kenapa, dengar suara dia menangis dihujung talian. Saya dah mula cuak, dah bayang bukan-bukan dah. Kemudian, dia beritahu dia perlu ke balai polis B untuk buat laporan. Balai polis B di luar daerah pulak tu, saya jadi pelik. Saya beritahu dia, jangan pergi mana-mana dahulu, tunggu saya kat ofis, kita pergi balai polis berhampiran.


Kisahnya begini, student saya nie dapat panggilan awal pagi dari sebuah balai polis di utara semenanjung yang mengatakan dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kematian. Kononnya dia telah menyewa sebuah kereta dan kejadian itu berlaku di kawasan B, bukan di utara semenanjung, tapi dalam kawasan Selangor. Kononnya, pegawai yang telefon dia tu telah mendapat panggilan dari balai polis B (Selangor call utara lepas tu call student saya, pelik lagi), mencari student saya ini lah. Memang dia pun anak kelahiran sana. Jadi bila diberitahu oleh polis bogus nie, siap sebut maklumat peribadi student nie, bunyi macam genuine, kena pula terlibat dengan kemalangan mati, mana tak panic student saya nie. Bila dia cerita kat saya, saya tahu ini scam, sebab dah dengar modus operandi nie sebelum nie. Tapi student, maklumlah, dia dah fikir bukan-bukan, nak pergi juga balai polis B tu. Dah terbayang mak ayah kat kampung, study yang tertangguh, itu ini, dan dah tak boleh fikir rasional dah. Mujur dia nak juga dengar cakap saya untuk tunggu dulu sampai saya datang. Kalau ya pun terlibat (mungkin ada malaun yang curi identiti dia) tidak perlu ke balai polis B untuk buat laporan.

Bila kami sampai di balai polis berhampiran untuk buat laporan, baru beri ringkasan apa yang berlaku, pegawai yang bertugas terus cakap, ini scam nie. Kami pun buatlah semakan nombor laporan yang polis bogus tu bagi, ternyata laporan tu palsu. Nombor ID polis tu pun palsu. Alhamdulillah, takde apa-apa.

Banyak juga tips yang pegawai tu bagi jika berhadapan dengan situasi ini.
1. Kalau boleh elak jawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
2. Jika berlaku perkara ini, terus tamatkan panggilan, dan buat laporan di balai polis berdekatan.
3. Jika ya anda disyaki terlibat, polis tidak akan buat panggilan, tapi terus datang ke rumah.
4. Sebarang laporan tidak boleh dibuat melalui telefon. Jika ada panggilan yang suruh anda bercakap dengan pegawai untuk buat laporan, tamatkan panggilan. Laporan tidak boleh diambil/buat melalui telefon tapi hanya di balai polis sahaja.
5. Jika ada nombor laporan dan ingin menyemak sama ada laporan itu betul atau palsu, boleh telefon ke balai polis berhampiran untuk semakan.
6. Tips yang ini sangat penting: Jika anda tahu anda tidak terlibat dalam apa-apa jenayah, buat laporan di balai polis. Berani kerana benar.
7. Ohh ya...Jenayah sebegini dipanggil jenayah komersil.

Student saya nie bernasib baik, pegawai bogus tu tak buat apa-apa panggilan lagi, tiada ugutan dan tiada kerugian wang berlaku. Cuma kesian dia, trauma sampai tak boleh berfikir secara rasional. Dah lah minggu ini sibuk dengan ujian.

So kawan-kawan, hati-hati OK.

[Repost: Original post on facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218617676010106&id=1143469370]

Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?