Pages

Sunday, August 16, 2015

Yee Mee tapi tak sizzling lah

Dah lama nak masak yee mee. Resepi pun dah print out lama dah. Sizzling yee mee is one of my favourite. Kalau pergi food court mana-mana, me akan carik sizzling yee mee, atau claypot dahulu. Kalau takde baru carik makanan lain.

Semalam akhirnya berjaya buat yee mee nie. Yee mee tu dah lama beli, masa bulan Ramadhan haritu. Tapi nak buat masa tu rasa berbelah bahagi, sebab bulan Ramadhan kita nak masak something yang orang suka makankan. Yee mee nie pulak belum pernah cuba sebelum bulan Ramadhan. So I have to postpone cooking yee mee then.


Resepi diambil dari blog Resepi Cikgu Aini. Terima kasih cikgu, tapi me sesuaikan dengan anak tekak me lah.

Nie resepi olahan me untuk makan 3 orang. Sukatan agak-agak ye.

Bahan-bahan:
Bawang putih 5 ulas diketuk atau racik halus.
Halia dlm 2 inci diracik.
Ayam dalam 2 ketul, best result pakai peha atau thigh. Potong kecil.
Serbuk lada hitam 1 sudu besar.
Sos tiram 5 sudu besar.
Kicap pekat 2 sudu besar.
Tepung jagung 2 sudu besar dicampur dgn 1 cawan air.
Satu kiub stok ayam.
Minyak bijan lebih kurang 1 sudu besar.
Sayur sawi secukupnya.
3 biji telur.
3 hingga 4 cawan air, ikut kepekatan yg kita nak.
6 cendawan shitake (kalau cendawan kering rendam dulu sampai kembang).
3 hingga 4 cili kering, direndam sehingga kembang dan kerat dua.
3 keping Yee Mee.
Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Tumis bawang dan halia sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam. Goreng ayam sampai tukar warna sikit.
2. Masukkan lada hitam. Kacau.
3. Masuk air, sos tiram, kicap pekat dan biarkan mendidih.
4. Masukkan cendawan, dan masak hingga cendawan lembut.
5. Masukkan kiub stok ayam, bancuhan tepung jagung dan kacau.
6. Biarkan sehingga mendidih dan kuah agak pekat.
7. Masukkan sawi dan cili kering.
8. Masukkan yee mee dan biarkan yee mee lembut. Kemudian letak minyak bijan.
9. Pecahkan telur, buat perlahan-lahan dan jangan kacau sampai telur kuning keras sikit (macam telur goyang tu).
10. Rasa kuah, kalau tak cukup masin tambah garam (tapi dah ok dah masinnye sebab sos tiram ngan stok ayam tu). Tak cukup pedas tambah lada hitam.
11. Bila telur masak, boleh hidang.
12. Makan panas-panas tau.

OK kenapa tajuk kata tak sizzling, sebab me tak server guna hot plate, serve dalam pinggan aje. No hot plate maaa....

Sedaplah.....tak menyesal buat sendiri. Terima kasih cikgu kerana kongsi resepi.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?