Pages

Sunday, August 23, 2015

Pasar Tani di sini dan di sana


Dari kecil me suka ikut bonda ke pasar tani. Kalau diberi pilihan untuk memilih, di antara pasar malam, pasar basah dan pasar tani, me akan pilih pasar tani. Antara sebab me pilih pasar tani adalah pertama, kerana pasar tani tak sebecak pasar basah, kedua pasar tani diadakan di kawasan lapang, parking pun senang dan ketiga, pasar tani macam pasar malam, macam-macam ada, tapi dibuat di sebelah pagi. Lagi satu kenapa me suka pasar tani, sebab barang-barangnya segar dan murah. Kat pasar tani ni kita masih boleh beli barang-barang secara longgok; ikan, sayur, telur, sama ada seringgit atau dua ringgit selonggok, kecuali barang-barang authentic macam cendawan kukur, satu pot tin sardin yang kecik tu lima ringgit you.




Kalau balik somban hujung minggu, me seboleh-bolehnya akan ke pasar tani di stadium paroi. Pasar tani kat situ setiap hari Ahad. Pagi-pagi selepas subuh, me dan en. e akan keluar untuk sarapan. Selepas sarapan, kami akan ke stadium paroi untuk beli barang-barang basah. Kalau dah ke pasar tani tu, memang semua benda rasa nak beli. Nak-nak banyak bahan-bahan untuk masakan kampung macam daging dan ikan salai, ulam-ulaman, telur itik, cendawan kukur, terung pipit, sayur maman, pucuk asam, ehhh...macam-macam lagilah. Rambang mata.....hahahah...kat sini pun boleh rambang mata ye.

Masa kat Brisbane dulu, ada juga dua tiga kali kami ke pasar tani kat sana. Ada satu market yang dekat city, Davies park market, every Saturday, 6am to 2 pm. Macam pasar tani kita jugalah. Tapi me tak suka sangat pergi kat Davies park sebab mat salih nie akan bawak anjing diorang sekali jalan-jalan dalam pasar tani tu. Taulah anjing nie, suka nak snif-snif kita. Kalau nak pergi, kena pergi pagi-pagi, sebelum jam 9. Sebab kalau 9 ke atas mulalah nampak kelibat mat salih dengan anjingnya. Tapi barang-barang basah memang murah. Beli longgok-longgok macam pasar tani kitelah. Tapi saiz longgok memang besarlah. Lepas tu yang best sangat me tengok ialah masing-masing bawak beg atau bakul sendiri. Beli barang lepas tu letak dalam beg atau bakul sendiri. Memang environmental friendly betul. Kalau beli buah tu, angkutlah dengan kotak-kotak dia sekali, hahahah...memang best sangat masa tu.

OK, lagi satu yang menarik tentang pasar tani nie, ialah tagline dia. Antaranya, "Pasar tani, pasar pilihan", "Pertanian adalah perniagaan", dan yang terbaharu me perasan, "Jihad memerangi orang tengah". Baguslah tu, jom kita tolong para petani kita. Boleh jimat berbelanja juga.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?