Pages

Wednesday, August 12, 2015

[Dapurkuofiskeduaku] Sotong goreng kunyit bajet.

Hujung minggu lepas beli stok makanan untuk seminggu. Me tengok kat Giant Nilai tu ikan dan sotong dia segar, jadi me beli ikan tenggiri bunga dan sotong. Alahai kociknya ikan tenggiri dia, kenalah beli dua ekor. Seekor masak lomak cili api, seekor lagi masak berlada. Eh bukan sekali masak tu, hari lain-lain. Sotong pulak, masak tempura dan sotong goreng kunyit. Eh sama jugak, masak untuk hari lain-lain.


Sotong nie kegemaran miss t. Kalau beli sotong nak masak sambal ke, kena asingkan sikit untuk dia. Buatlah sotong goreng ke, sotong kunyit ke. Kalau tak jenuh kita nak membasuh sambal daripada sotong tu. Sebab walau ada lauk lain macam ikan goreng ke, dia mesti nak juga sotong sambal tu. Tapi kena rendam dengan air panas dulu nak kasi hilang pedas. Itulah kisah miss t dengan sotong. Jadi tak payah pening kepala, kalau beli sotong, masakkan lauk yang tak pedas untuk dia.

Malam tadi masaklah sotong goreng kunyit. Me panggil sotong goreng kunyi bajet sebab tak letak sayur dan cili, macam biasa orang lain buat. Sebabnya, kalau letak semua tu nanti miss t akan ketepikan. Me cuma tambah tomato ceri, itupun sebab nak bagi warna sikit lauk sotong tu.

Untuk miss y dan en. e, diorang berdua nie memang citarasa sama, jadi me masak ikan berlado ajo.



Nah.... semua dapat makan dengan gumbiranya la lala lala.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?