Pages

Tuesday, July 1, 2014

Hari ketiga Ramadhan: Iftar hari kedua ~ Daging goreng kicap versi kering

So, semalam mencari resepi untuk masak lauk daging di internet, dan ternampak imej yang sangat mengiurkan... ok..sangat teruja untuk mencuba resepi daging kicap ittew.

Dan hasilnya....

Tadaaaa.....

OK, resepi diambil dari sini. Tapi ubahsuai untuk sesuaikan dengan tekak sendiri. Mmg superb, terima kasih kepada empunya blog kerana sudi kongsi resepi.

Sekarang bila nak masak kena fikirkan lauk yang miss t nak makan. Dia pun tengah belajar berpuasa. Baru hari kedua dah macam-macam ragam. Masa hari pertama miss t puasa, dia bersemangat bangun sahur. Weolls bersahur di rumah bonda last weekend, lagilah dia bersemangat nak puasa sebab dapat motivasi daripada wan dia. Tapi masa tengahari on the way balik rumah, miss t mengadu lapar, buat muke sedih. Puas en. e pujuk, tapi makin panjang muka dibuatnya. And we finally gave in. Yela, orang baru nak belajarkan, tak boleh paksa, and she is only six-year-old. So sampai rumah, buatkan maggi ayam, dah itu aje makanan heavy yang ada kat rumah masa tu. Lepas makan, macam bunny iklan energizer, melompat, berlari, mulut tak berhenti menyanyi, macam lepas recharge baterilah gayanye. Puasa hari pertama miss t sampai tengahari sahaja, lebih kurang 6 jam, OK lah for her first attempt.

On the second day of puasa, miss t tak bangun sahur. Puas kejut dia, so sebab dia liat sangat nak bangun, so kita pun taklah paksa sangat. Tapi bila kejutkan dia untuk siap2 ke sekolah, sekali miss t mengamuk sebab dia terlepas sahur. Marah betul dia, mulalah air mata meleleh. Memang cengeng sikit miss t nie, sikit2 nangis. Tapi sebab kita nak cepat pergi kerja, nak hantar dia ke sekolah, habis kena bebellah miss t pagi semalam. Takde maknanye air mata itu...hahahhah kejam sungguh bunyi dia. So dengan gaya marah, cubalah pujuk dia, bagi dia rational sikit. Miss t nie nak kena bagi alasan yang dia boleh terima baru dia OK. Tanye dia, "kenapa adik nak puasa sangat, adik kecil lagi, takpe kalau tak puasa." Miss t cakap, "Adik nak duit raya." Oh! So she had the impression that if you fast, you will get duit raya. Adeh....tapi itu mmg omokkan biasa untuk suruh budak2 puasakan. So I told her, "adik tak puasa pun dapat duit rayekan, adik kecil lagi, takpe tak puasa, belajar puasa dulu ok!". Lepas tu cakap dengan dia, lepas breakfast boleh terus puasa sampai petang. Akhirnya dia makan pujuk ala garang itu, dan miss t minum secawan milo dan makan sekeping roti, macam sarapan dia pada hari-hari biasa. Dalam pukul 1 lebih, dia call. "Mama, hmmm adik lapalah..." haaaaa....kan....ngamuk2 sebab tak bangun sahur, konon nak puasa kelaut jadinya. Hahahahah...kids... nasib baik ada nasi dan lauk lebih, so miss y tolong panaskan untuk adik dia. 'Selamat' puasa hari kedua.

Hari ini hari ketiga, miss t berjaya bangun sahur, dan tadi call (dalam pukul 1 lebih tadi) tanye dia, "adik tak lapa ke?"

Miss t jawab, "Tak, kenapa mama?"
"Takde, saje tanye kot2 adik nak makan"
"Ooooo adik tak nak makan. Adik nak makan petang nanti"

OK, kita tengok dia boleh tahan tak sampai petang. Harap-harap dapatlah dia bertahan.

Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?