Pages

Tuesday, July 8, 2014

Hari kesepuluh Ramadhan: 3 tahun sudah berlalu

Assalamualaikum,

Selepas post terakhir, tak sempat nak update blog setiap hari. Have to meet many deadlines. Hari ini baru berkesempatan untuk menulis. Jadi, nak curi masa sikit untuk menulis momento dalam blog ini.

Hari ini juga baru perasan, eh dah 10 Ramadhan, tak sempat nak tulis apa-apa berkenaan berkenaan pemergian arwah Abah, kerana, pada 9 Ramadhan 1435, genap 3 tahun arwah abah meninggalkan kami.



Dah lama nak ambil gambar pusara abah, tapi sentiasa aje rasa terhalang. Hari pertama Ramadhan tempoh hari, berjaya juga untuk mengambil gambar ini. Semasa menziarahi kubur di makam haji said, cuaca pagi tu seperti sayu aje, tak panas, tapi tak mendung juga. Ramai juga yang datang menziarahi kubur pagi itu. Kawasan perkuburan itu juga semakin meluas, menunjukkan peningkatan jenazah yang dikebumikan di situ. Aku rasa, semakin ramai orang meninggal sekarang nie. Sebab dulu, semasa sering menziarahi pusara arwah ninda yang juga ada di situ, tak nampak sangat penambahan kubur yang begitu ketara sekarang. Ya mungkin sudah ramai golongan tua di bandar Seremban ini, dan juga sudah ramai penduduk di situ.

Seperti biasa, apabila menziarahi pusara abah, aku akan buang daun-daun yang kering, cabut rumput yang tumbuh meliar di kawasan kubur tu. Bonda memang telah siap sedia dengan kelengkapan seperti gunting, kain buruk dan juga air setiap kali kami melawat pusara abah. Selain itu, bonda akan memetik bunga-bunga yang ada di rumah untuk diletakkan di atas pusara. Setiap kali bonda menyusun bunga di atas pusara, dia akan berkata, "mesti abah suka tengok bunga-bunga dia yang kita bawa nie." Arwah abah memang suka berkebun, menanam bunga, dan pokok buah-buahan. Setiap pagi dan petang, dihujung minggu, abah akan 'mengerjakan' pokok-pokok bunga yang ada dilaman rumah, atau pergi ke kebun buahnya di pinggir paroi. Itulah hobi abah yang utama. Dia akan bercakap dengan bunga, adakalanya menyanyi, memang abah kalau dikelilingi bunga, dia nampak sangat tenang dan gembira. Kadang-kadang aku menemani abah menyapu daun-daun yang gugur, atau rumput-rumput yang telah dipotong oleh abah. Abah akan bercerita tentang jenis-jenis bunga yang ditanamnya. Abah tangannya 'sejuk', kata orang, sebab apa yang ditanamnya, inshaAllah, akan tumbuh dengan baik. Bunga berkembang indah, pokok buah lebat buahnya. Sebaliknya, tangan aku nie 'panas', sebab tanam apa sahaja, mahupun daun bawang yang sangat mudah tu pun, umpama mati segan hidup tak mahu daun bawang tu. Mungkin tak cukup ikhlas hati aku nie bila menanam. Hahahaha...



Bunga nie, angel's trumpet, adalah bunga terakhir yang arwah abah tanam. Abah tanam di luar pagar rumah. Alhamdulillah, pokok bunga nie sampai sekarang tak berhenti berbunga. Dan setiap kali aku tengok bunga nie, terdengar2 suara abah masa dia memperkenalkan bunga nie kat aku. "B, cantik tak bunga nie? This is angel's trumpet," kata arwah sambil tersenyum. Dan setiap kali aku teringat itu juga, air mata ini akan menitis, macam sekarang ini :( . Terbayang wajah abah, setiap kali bercerita pasal bunga dia, muka dia akan beriak gembira, dan bangga. Sama reaksinya bila bercerita tentang kejayaan anak-anaknya, tapi lazimnya abah memang jarang bercerita dengan orang lain berkenaan anak-anaknya, kecuali jika ada orang yang tanya. Abah is a private person. Begitu juga bonda, memang diorang tidak suka bercerita pasal anak-anak mereka. Yup, mereka memang humble.

Oklah, kenangan arwah abah memang sangat banyak, kalau nak cerita satu hari, satu post memang tak cukup. Mungkin lain kali, bila terlintas, atau when there's a right time, aku akan menulis lagi. Oh, sesungguhnya aku masih merindui abah, terasa tak cukup lagi bermanja dengan abah. Tapi aku redha, ini ketentuan Allah, aku tak boleh pentingkan diri. Semoga aku dapat bertemu abah suatu hari nanti, di jannatul firdaus. Ameen ya rabb al alameen.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa abahku, lapangkanlah kuburnya, terangkanlah kuburnya, jauhkan dia dari seksa kubur dan tempatkan abahku di syurgamu, ya Allah. Ameen ya rabb al alameen.


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?