Pages

Friday, June 20, 2014

Rindu tu pasti ada, tipulah kalau cakap tak rindu kan.

Uolls!

Kadang-kadang perasaan rindu kat Brisbane tu datang. Kalau Brisbane tu duduk kat seberang aje, besok jugak aku terbang ke sana. Tapi dalam keadaan sekarang nih, pasang angan-angan ajelah dulu. Kalau nak ke sana, tak best kalau nak jalan-jalan melancong aje, itu macam celah gigi aje rasanya. Nak best, duduk situ lama sikit. Make a living, not touring. Haaa barulah terasa macam orang-orang brissie. En. e dah janji bila ekonomi dia dah stabil, dia nak bawak weolls pindah sana. So, uolls tolong doakan ekonomi en. e stabil ye. Amiin....

Kadang-kadang aku beranganlah tengok-tengok rumah for sale kat sana.... hahahaha.... angan mat jenin betul.

Kadang-kadang aku saje-saje guna google maps tengok tempat-tempat yang meninggalkan sejarah weolls kat sana. Tengok 3D lagi uolls! Gila dah makcik nie.

Paling koman pun aku tengok gambar-gambar lama, dan post-post lame kat dalam blog aku.


Sabtu lepas, aku gi temankan bonda hadir mesyuarat koperasi. Meeting dengan orang-orang veteran uolls. Ahli-ahli koperasi majoriti orang-orang 6 series, 7 series. 8 series mungkin ada kot, sebab bonda aku pun dah separuh 7 series. Yang muda-muda macam aku nih (chewah muda lagi uolls, nak masuk 4 series dah nih) boleh kira sebelah tangan aje. Itu pun sebab kes macam akulah, ganti tempat arwah mak/ayah yang dulunya ahli koperasi. Macam aku ganti tempat arwah abah (laaa...ahli jugak, tadi kata teman aje). Ahli anguk-anguk aje, tu yang kata teman aje. Lepas mesyuarat habis, barulah dok tengok kiri kanan depan belakang, salam-salam makcik-makcik yang ada dekat aku. Ada sorang makcik nie nak berhijrah ke Sydney, teman anak dia belajar, sebenarnya baby sit cucu-cucunya kat sana. Bila bonda aku buka citer yang dia pun dulu pernah baby sit cucu-cucu dia kat Brisbane (baby sit miss t and miss y), makcik tu pun tanyelah macam-macam kat aku. Boleh bawak serunding tak? Rempah-rempah? Ubat-ubat, etc. Adeh... aku share mane yang aku ingatlah. Tapi takut pulak tak relevant, yela, dah nak masuk 4 tahun aku tinggalkan bumi aussie tu. Jadi penasihat bidan terjun aku haritu. Sib baik saya tak charge consultation makcik...hahahhaha...acah je, macam mata duitan aje bunyinye.

Lain citer pulak, aku kadang-kadang ada feeling meh! aje bila orang tanye, "dulu belajar kat mana?" Aku jawab, "Briz-burn (Brisbane)", yang meh! tu bila orang reply balik, "ooooo Briz-bain." Dalam hati aku, nak aje aku cakap balik, "Briz-burn pakcik/makcik....burn burn...bukan bain fullstop." Tapi sebab yang respond tu semua senior2 (yup, yg muda-muda tak salah sebut), aku sengih ajelah. Ada tu boleh terus ulang sebutan salah banyak kali, walaupun aku ulang sebut perkataan yang betul banyak kali. Agaknye dalam hati pakcik/makcik tu, "budak nie belajar je kat Briz-bain, tapi sebut pun salah, ye ke belajar kat Briz-BAIN tu?". What ever!!

Sambung pasal rindu, tadi aku teringat rumah-rumah kayu kat sana yang weolls panggil Queenslander. Ini satu-satunya impian yang aku tak dapat laksanakan semasa tinggal kat sana. Cuma dapat tumpang rumah kawan-kawan yang duduk Queenslander, jadilah kan. Aku google jap tadi, terjumpa website nie, Your Brisbane: Past and Present. Bilalah "Present" tu nak datang.

OKlah enuff bebel for today. Tadi aku ngantuk giler, now dah hilang. Normal lah tu bila aku ngantuk, aku akan bebel sorang2 untuk hilangkan ngantuk.



(Aku suke tengok bandar metropolis, cuma tak sanggup dengan life kat bandar-bandar besar nih sebab busy dan bising)


Spread the love

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?