Pages

Monday, March 25, 2013

3 orang yang sudah mendahuluiku

Assalamualaikum,

March, bulan ketiga dalam kalendar gregorian. Bulan March ada 31 hari. Dalam banyak-banyak bulan yg ada 31 hari, bulan March nie la aku rasa bulan yang paling singkat. Mungkin sebab banyak benda berlaku dalam bulan ini.

Speaking of that, bulan March tahun ini, macam-macam benda berlaku. Sebenarnya antara akhir Februari ke hujung March ini, banyak peristiwa berlaku. Di antara tempoh tersebut, 3 orang yg rapat dengan aku kembali ke rahmatullah. Pakteh aku, paklang aku dan ibu mertua ku.



Pakteh aku nie adalah suami kepada makteh aku (sudah tentunya), makteh aku pula adalah adik kepada mak aku. Pakteh aku meninggal di tanah suci Mekah ketika mengerjakan umrah. Dia ke sana bersama makteh, meninggal seminggu selepas berada di sana. Kebetulan 3 adiknya berada kat sana. SubhanAllah, itulah aturan dari Allah. Sekurang-kurangnya makteh aku tak keseorang di sana menguruskan pemergian arwah. Pakteh yang aku kenali seorang yg tak banyak cakap. Dia la sorang-sorang pakcik aku yg aku rasa 'proper'. 'proper' tu maksud aku, sume kena in order. Contohnya, masa kecik-kecik dulu, bila kumpul ramai-ramai kat kampung nak sambut raya, pakteh aku nie kalau ke bilik air, mesti dengan kain pelekat dia, singlet yang lubang2 tu, towel selempang kat bahu, kelek toiletries bag. Satu-satunya pakcik aku yang bawak toiletries bag, dalam tu ada shaver, after shave, berus gigi, ubat gigi, and a few other things. Lepas dia habis mandi, dia lalu, wangi bau after shave. Lagi satu pakteh aku nie, mmg tak suka bawak kete laju, dia relax aje. Kitaorang masa kecik made a joke about this. So sape-sape yang tumpang kete pakteh, mmg dijamin sampai lambat punye. Kontra dengan makteh aku, yang selalu bawak kete laju, siap kasi high beam kete depan suh orang ke tepi. Hehehehe....

Paklang aku pulak adalah suami kepada maklang aku. Maklang aku adik kepada arwah abah aku. Paklang meninggal selepas pembedahan perut. Aku pun tak pasti pembedahan perut tu utk apa. Terkejut juga bila aku dapat tahu pasal tu, masa tu baru beberapa hari pakteh aku meninggal. Masa aku kecik2, paklang suka usap kepala aku. Tiap kali jumpa dia, salam dia, dia akan usap kepala aku dan cakap, "how are you baby?". Bila dah besar remaja aku naik segan pulak paklang nie usap lagi kepala aku....heheheheh... dia mmg jenis fatherly la.

Arwah mak mertua aku meninggal sebab kanser. 4 tahun dia berjuang dengan kanser. Mula-mula usus, kemudian naik ke pangkal rahim, kemudian naik ke kolon, akhirnya naik ke hati. Kesian aku tengok dia, Mula-mula dia kuat, sentiasa positif dengan ketentuan Allah. Tapi bila dapat tahu kanser tu naik ke kolon, mmg nampak dia hilang semangat. Demotivated. Sampaikan dia cakap, sambil ngeluh, "mak nak makan ape pun takut skrang,". Tapi aku memang respek kat mak, 4 jenis kanser dia bertaruh nyawa. Buat kimo, operate buang itu buang ini. Bukan sekali, 3 kali. Kalau kimo tu tau-tau aje la kalau satu cycle tu berapa kali kena buat. Seminggu sebelum dia pergi tu, memang dia tak banyak cakap. Nampak muka dia sedih. Masa aku sampai ke rumah, ziarah dia buat kali terakhir, aku tengok tubuh dia yang ditutupi kain batik lepas, kecik betul, macam kecut aje...kecik betul aku tengok jenazah mak. Memang dua tiga minggu sebelum dia pergi dia tak boleh makan. Dia nak telan makanan bukan dia tak lalu, dia tak boleh. Harapkan air yang masuk ke dalam badan dia melalui drip itu la yang beri tenaga kepada dia. Saat itu kami semua tau yang Allah dah tarik balik nikmat makan yang dipinjamkan kepada mak.

Bercakap berkenaan kanser, dalam keluarga aku, sudah 4 orang meninggal disebabkan kanser, arwah abah aku kerana kanser perut, arwah pakcik aku kerana perut juga, arwah makteh aku (makteh kepada suami, adik kepada mak mertua) meninggal kerana kanser tekak dan mak mertua aku meninggal kerana pada awalnya kanser usus.

Semoga Allah maafkan kesalahan mereka, ampunkan dosa mereka, terima ibadah mereka, dan semoga mereka ditempatkan di kalangan as-solihin. Ameen.


Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?