Pages

Friday, October 12, 2012

Jangan berhenti untuk bermimpi...


Diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri RA; Bahawa telah bersabda Nabi SAW: “Tidak ada seorang Muslim yang membaca doa di mana tiada pada doanya itu hal-hal yang menimbulkan dosa dan memutuskan hubungan silaturrahim melainkan Allah pasti akan memberikan kepada orang itu dengan doanya salah satu dari tiga macam. Adakalanya Allah segera memperkenankan doanya. Adakalanya doanya itu dijadikan oleh Allah
 sebagai simpanan pahala di akhirat. Dan adakalanya Allah memalingkan dan menghindarkan sebarang kejahatan (bala dan bencana) daripada orang tersebut sesuai dengan doanya.” Berkata para sahabat: Kalau begitu lebih baik kita memperbanyakkan doa! Nabi SAW bersabda: Allah SWT akan memperbanyakkan pemberian-Nya. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim)

"...jangan berhenti untuk bermimpi, jangan berhenti untuk berharap, jangan berhenti untuk berusaha, selama nafas masih ada tetap berusaha..."- Boriel



Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

Tuesday, October 9, 2012

Demam kerana emosi

Sekarang nie demam Adam dan Hawa. Adeh ntah kenapa aku jadik terlebih emosi pulak bila tengok citer nie. Buku dia aku dah baca 3 kali. Hahahah..pecah rekod la nie, tak pernah aku baca buku mengulang gitu, dalam masa 1 bulan, aku boleh baca 3 kali. Paling kuat pun aku mengulang buku 2 kali, itupun makan tahun juga baru aku baca lagi sekali. Sampai my hunny bunny cemuih bila tengok aku ngadap buku tu aje. Hahahahha....

Terkenang

Semenjak dua menjak nih, untuk beberapa minggu, untuk beberapa hari dalam seminggu, untuk beberapa jam dalam sehari, untuk beberapa minit dalam sejam, untuk beberapa saat dalam seminit, aku teringat kehidupan di Brisbane. Banyak kali aku 'menziarahi' rumah sewaan kami di sana di dalam mimpi. Isshhh tanda apa pulak nih. Rindu agaknye. Dan baru hari nie, setelah sekian lame, makan bulan juga nih, baru bukak blog nie, dan tergerak hati untuk membaca catatan kecil aku ketika di sana.

Rindu rasanya.... nak2 sekrang di sana musim bunga.

OK...lets bring back some old memories. What did I wrote on October 9th, 2010, 2009, 2008 and 2007 huh?

2010: Promoting new business"Roti canai only in Brisbane"
2009: No entry on the 9th Oct, but there is an entry each for 8th and 10th
          "Turun naik, pusing pusing, kuar masuk...dan dia menangis di kerusi itu"
          "Semalam tengok Papadom"
2008: It's Eid Mubarak celebration, the eve of raye!
          "Pre-raya inai 20"
2007: No entry for October.

Memories remain!

Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,