Pages

Thursday, July 21, 2011

Sorok

Semalam, seperti biasa aku menghantar adik ke sekolah. Walaupun boleh aje aku berjalan kaki ke sekolah itu, tapi lebih mudah dan cepat lagi jika aku menghantar adik menaikki kenderaan beroda empat itu. Boleh panaskan enjin sekali. Seperti biasa mulut adik akan riuh bertanyakan itu ini. Memberi ingatan supaya dia dijemput oleh kakaknya dan aku petang nanti. Hampir skrip yang sama setiap hari. Sambil menjawab setiap pertanyaan adik, pandangan ku sentiasa di hadapan. Jalan di kawasan perumahan adalah tempat yang paling berisiko untuk memandu. Kita tak tau apa yang akan meloncat atau berlari ke tengah jalan. Sapa tahu.



Setibanya di selekoh menghampiri sekolah, adik terdiam. Aku tak perasan apa-apa kelainan pun, mata masih lagi fokus ke jalan. Sehinggalah aku memberhentikan kereta, menukar gear ke keadaan 'Park', menaik handbrake. Kemudian baru aku sedar yang adik sedang menundukkan kepalanya, dekat dengan glove compartment, cuba untuk menyorokkan badannya dari dilihat oleh sesiapa di luar. Menyedari kereta telah berhenti, adik pun menegakkan badannya dan berkata, "fuh...nasib baik cikgu tak nampak adik". Laa...sebab itu ke adik menyorok, kata aku dlm hati.
"Kenapa adik cakap camtu?" aku bertanya.
"Sebab adik tunduk" dia jawab.
"Kenapa adik tunduk?" aku bertanya lagi.
"Sebab tak nak cikgu nampak," dia membalas.
"Kenapa adik tak nak cikgu nampak?" aku dah mula pelik.
"Cikgu garang," balasnya.
"Cikgu garang? Cikgu mana yang garang?" aku mula mengorek rahsia.

Adik hanya tersenyum. Aku pun dah lambat maka aku biarkan soalan itu tak berjawab. Adik main-main aje nie, kata aku dalam hati.

Kenapa adik tunduk di selekoh. Kerana tingkap dapur sekolah itu menghadap selekoh itu. Dan memang setiap pagi akan ada kelibat cikgu-cikgu taska itu di tingkap, membasuh pinggan dan mangkuk di singki dapur tersebut. Mungkin adik segan kerana dia dilihat oleh cikgu-cikgu taska itu. Adik nie memang pelik sikit, dia rasa kurang selesa bila ada orang tengok dia, dia akan cepat-cepat menyorokkan mukanya di kaki aku.

Hari ini pun dia buat benda yang sama. Aku hanya tersenyum melihatnya.




Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

No comments:

Post a Comment

what say you?