Pages

Wednesday, May 4, 2011

setiap yang berlaku, walau sebesar zarah pun, adalah satu nikmat

Seringkali kita mensyukuri perkara yang besar, seperti kenaikan pangkat, peningkatan gaji, harta dan aset bertambah, keuntungan besar, berjaya dalam peperiksaan dan sebagainya. Apabila sesuatu perkara itu berlaku seperti yang kita kehendaki, timbul perasaan kesyukuran itu. Tapi bagaimana pula dengan perkara yang timbul membawa kesukaran, seperti sakit, gagal dalam peperiksaan, tugasan yang tertangguh, perkara berlaku diluar kawalan. Sudah pasti perasaan negatif yang akan tiba; sedih, tidak bersemangat lagi, dan macam-macam perasaan yang merendahkan self-esteem seseorang. Seharusnya kita pandang setiap perkara yang negatif itu dari pandangan yang positif. Eh macammana tu? Bagaimana sesuatu yang negatif itu ada positifnya? Pasti ada....




Pertama sekali, tarik nafas sedalam-dalamnya. Kedua, beristighfar banyak-banyak. Ketiga, berfikir dengan akal. InshaAllah kita akan nampak setiap kekurangan atau kelemahan yang berlaku (aku tak suka perkataan musibah), ada hikmah yang Allah hendak tunjukkan. Tapi, nak berfikiran seperti ini bukannya mudah, kerana lazimnya, perasaan kita akan mendahului akal. Lantas, nafsu akan menguasai akal apabila kita hendak bertindak.

Minggu lepas nak kata lapang, tak juga, nak kata sibuk, tak juga. Nak kata tak percaya ada sedikit masa lapang pun ya juga. Dan aku teringat hadis nabi s.a.w.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Jadi, masa lapang itu pun sebenarnya suatu nikmat yang besar yang telah Allah berikan pada aku. Tidak perlu perkara yang besar. Setiap nafas yang ditarik, tanpa kesusahan, pun satu nikmat yang besar pada aku. Tetapi kenapa aku kadang-kadang rasa kekurangan?

Lapangnya masa, menarik nafas tanpa kesulitan. Dua perkara ini membawa suatu kisah yang penting pada kehidupan aku minggu lepas. Kisahnya begini. Minggu lepas memang boleh dikatakan minggu kesakitan sedunia. Aku sudah beberapa hari terasa nak demam, tapi tak, kadang-kadang batuk, kadang-kadang tak. Si adik pula, sering terjaga malam dan meracau-racau kerana suhu badan yang tiba-tiba meningkat di awal pagi. Untuk 3 hari berturut, si adik terpaksa aku masukkan insert untuk meredakan panas dalaman. Dan 2 3 kali jugalah kami ke klinik panel untuk diperiksa dan ambil ubat. Aku pun mengambil MC kerana badan pun agak sengal-sengal dengan badan tak tentu suhunya dan kurangnya tidur sebab adik sering terjaga malam. Semenjak balik dari negara kangaroo nie, sering juga la kami demam selesema, barangkali badan nak adjust semula dengan cuaca di bumi bertuah ini. Mujur juga tugasan tertunggak telah pun berjaya diselesaikan. Memang rasa bersyukur sangat minggu lepas, walaupun sakit, sekurang-kurangnya dapat merehatkan badan, dan yang paling utama, dapat rehatkan minda tanpa rasa bersalah (walaupun kerisauan sentiasa bersarang di dada ini). Dan untuk pertama kali dalam hidup, aku menelan ponstan. Selalunya setakat paracetomal aje. Sekarang ini doktor terus bagi ponstan ya. Dapat rehat sehari pun syukur alhamdullillah.

Khamis yang lepas, sekitar jam 3.30pm, dapat panggilan dari kakak aku, "B, awak kat mana?" "Ofis" jawabku ringkas. "Abah sesak nafas nih, mak dah panggil ambulan, balik sekarang ya." "Haaaa!!!" terkejut aku. Nasib baik aku ada bilik sendiri, kalau tidak pasti orang terkejut tengok aku melenting macam tu. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ni. Terus aku telefon rumah, suruh atang siap segala. Kita balik Seremban. Sampai di rumah, aku capai apa yang patut, dalam fikiran aku hanya terpapar perkataan "Balik", umpama di skrin komputer,berkelip-kelip di kotak minda ku. Mujur semua tak banyak karenah, Allah mudahkan urusan nak pulang. Sampai di Seremban, alamak nak pegi mana nih, pasti rumah tiada orang, hospital mana pula abah dibawa ambulan. Aku segera ke rumah jiran, alhamdullillah diberitahu abah ke HTJS. Syukur jiran tetangga sangat prihatin, membantu mak mengendali situasi yang sukar, dari rumah ke hospital, yang mana meneman, yang mana tolong kuncikan rumah, yang mana memaklumkan kepada jiran-jiran.

Abah mengalami sesak nafas yang agak teruk juga. Dr kata pneumonia. Tetapi asbab perkara berlaku, abah kehabisan ubat darah tinggi nya, aku tak pasti bila. Tapi dari cara cakap abah, dah berhari, semenjak beliau pulang dari umrah. Ya Allah. Itu aku kira alasan logikal yang aku boleh terima. Tapi aturan yang Allah tentukan, hanya Dia sahaja yang tahu. Hikmahnya, Dr kata ubat lama abah dah tak relevan, berdasarkan history dan medication yang diorang bagi di HTJS tu. Katanya ubat lama tu effect pada kidney. Wallahualam.

Untuk 3 hari berturut-turut, aku dapat menemankan abah di hospital. Syukur, salah satu doa aku dimakbulkan. Dan di HTJS juga la aku lihat macam-macam jenis pesakit, dan tahu macam-macam jenis penyakit. Kebetulan abah sepanjang 4 hari ditempatkan di medical ward, disebabkan BP dan sugar yang inconsistent. Aku pun puji kakitangan hospital yang berdedikasi, dari jururawatnya, ke pembantu jururawat, ke pensaji makanan, ke doktor, dan macam-macam lagi la bidang kerja yang aku nampak di wad 7B tu. Eh...dah macam-macam bidang tugas ya di hospital.  Wad tu sesak dengan kakitangan dan pesakit. Tapi bila abah ditempatkan di wad 7C, suasana sedikit sunyi. Kadang-kadang aku rasa, baik duduk di wad 7B, walaupun third class, jururawat dan doktor sentiasa berkeliaran. Di wad 7C, kena la panggil jururawat kalau perlu bantuan. Bayar mahal, tapi attention kurang, cuma privacy lebih. So pilih la mana satu.

Abah masih di wad, Dr masih lagi run test untuk tentukan punca inconsistent BP dan sugar. Moga takda yang mudarat, dan juga kanser abah tidak merebak ke tempat lain. InshaAllah.

Allah sentiasa melimpahi rahmatnya walaupun sekecil zarah. Tetapi kenapa kita tetap bersedih?

Until next time, think positive and stay positive, inshaAllah everything will be OK

yours truly,

2 comments:

attyfir said...

semoga abah fazid terus sihat ye.amin
kty pun tgh think positif ..apa yg tuhan kasi ..pada kita..kena bersyukur..

fazid said...

thank you kty. nikmat Allah itu besar kan kty.

Post a Comment

what say you?