wow...sangat teruja melihat hasil kerja adik-adik petang tadi. ini berkaitan aku menggalas tugasan berat yang telah diamanahkan petang tadi. kalau diberi peluang, nak lagi. hahahaha. tahniah kepada adik-adik kerana berjaya mempamerkan kreativiti serta hasil yang inovatif walaupun masih terdapat sedikit flaws, but hey they came with zero knowledge and experience, and were only given basic skills, but they managed to manipulate the knowledge and skills very well, and delivering awesome projects. syabas adik-adik!
Pages
▼
Friday, March 25, 2011
Thursday, March 24, 2011
tugasan berat...
semenjak kembali bertugas, rasa sedikit asing dengan dunia yang suatu ketika dulu aku pernah menjadi hambanya. banyak benda juga yang perlu pelajari, banyak terma-terma yang sampai sekarang aku masih keliru. aku pun ada sedikit malas untuk betul-betul absorb dengan benda-benda yang baru ini. alhamdullillah aku juga belum lagi dipaksa dan terpaksa memahami polisi-polisi, prosidur-prosidur baru yang kini menjadi igauan ngeri mereka-mereka yang lebih senior dariku, saat audit tahunan tiba tidak lama lagi. apa-apa pun pasti tak lame lagi aku akan terpaksa menyertai mereka-mereka ini, yang sudah pastinya menjadi salah satu tuntutan kerja aku nanti...
eh...apa yang aku merepek ini....
eh...apa yang aku merepek ini....
tamat la sudah riwayatnye...
baru sahaja kelmarin aku ternampak kelibatnya melangkah dengan teratur dan tenang di tepi parkir sewaktu aku dalam perjalanan ke pasar malam. melihat keadaannya yang agak lesu dan perutnya sedikit memboyot yang aku pasti isinya bukan disebabkan makanan yang lumayan, tetapi kerana diisi bakal warisnya, terdetik dalam hatiku, ke mana tujunya dan sudahkah perutnya diisi. tetapi pertanyaan itu berlalu begitu sahaja, lantaran mobil ku meninggalkan kawasan parkir tersebut.